Dianggap Mengagungkan Keganasan, Twitter Padam Ciapan Dr Mahathir

Seakan kecoh di laman Twitter apabila sebuah hantaran tweet yang dimuat naik oleh bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa telah mencetuskan kemarahan telah dipadam Twitter.

Memetik laporan daripada The Jakarta Post, Tun Mahathir dikatakan memuat naik ciapan yang berbunyi:

“Muslim mempunyai hak untuk marah dan membunuh jutaan rakyat Perancis selepas pembunuhan beramai-ramai dahulu.”

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Dalam Negeri untuk Sektor Digital Perancis, Cedric O. memaklumkan, pihaknya dilihat meminta agar akaun Tun Mahathir digantung.

Advertisement

“Saya telah bercakap dengan pengarah urusan @TwitterFrance. Akaun @chedetofficial mesti digantung serta merta. Jika tidak, @twitter akan menjadi rakan subahat kepada panggilan rasmi untuk pembunuhan,”

Terdahulu, susulan insiden yang berlaku di Nice tempoh hari, seramai tiga orang dibunuh di sebuah gereja di selatan bandar Perancis. Ia diakatakan berlaku kurang dua minggu selepas tragedi pemancungan seorang guru, Samuel Paty, di luar sekolahnya selepas mangsa menunjukkan karikatur Nabi Muhammad dalam kelas semasa mengajar topik mengenai kebebasan bersuara.

Meskipun begitu, Tun Mahathir dikatakan tidak mengaitkan kejadian itu secara langsung dengan ciapan beliau semalam.

Katanya, beliau hanya tidak setuju dengan tindakan membunuh guru itu atas alasan kebebasan bersuara. Malah menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak membenarkan hak kepada seseorang untuk menghina orang lain.

Sumber: The Jakarta Post

Comments

comments