Dianggarkan 2.2 Juta Maut Akibat Virus Covid-19

Terbaru di Paris, anggaran sekurang-kurangnya 2,206,873 orang telah terbunuh sejak wabak itu tercetus di China pada Disember 2019, berdasarkan data dikumpul AFP pagi semalam.

Seperti direkodkan, 102,002,160 kes COVID-19 daripada jumlah itu, kira-kira 61,888,000 orang sembuh.

Angka berkenaan berdasarkan data jumlah harian disediakan pihak berkuasa kesihatan di setiap negara termasuk penilaian semula oleh organisasi statistik seperti di terjadi di Russia, Sepanyol dan Britain.

Lebih mengejutkan, 15,361 kematian baharu dan 592,397 kes baharu direkodkan seluruh dunia.

Advertisement
Uni of Alberta
Gambar Hiasan

Pun begitu, beberapa negara dengan kes kematian tinggi ialah Amerika Syarikat (3,614), disusuli Mexico (1,434) dan United Kingdom (1,245).

Manakala, AS masih kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan merekodkan 436,801 kematian daripada keseluruhan 25,933,227 kes jangkitan COVID-19.

Brazil dengan 222,666 kematian daripada 9,118,513 kes, Mexico (156,579 kematian daripada 1,841,893 kes), India (154,147 kematian daripada 10,733,131 kes) dan United Kingdom (UK) (104,371 kematian daripada 3,772,813 kes).

Tambahan, negara yang merekodkan kes kematian tertinggi jika dibanding dengan jumlah penduduk ialah Belgium dengan 181 kematian per 100,000 penduduk, disusuli Slovenia (167), UK (154), Republik Czeh (151) dan Itali (145).

Untuk rangkuman, jumlah kematian keseluruhan di Eropah akibat COVID-19 merekodkan sebanyak 731,716 daripada 33,147,191 kes. Amerika Latin dan Caribbean mencatatkan 591,788 kematian daripada 18,742,278 kes jangkitan. AS dan Kanada merekodkan 456,585 kes daripada 26,702,635 kes.

Sumber : Google
Gambar Hiasan

Asia pula dilaporkan merekodkan 239,101 kematian dariapda 15,139,780 kes, Asia Barat dengan 96,904 kematian daripada 4,701,780 kes, Afrika mencatatkan 89,834 kematian daripada 3,536,815 kes dan sebanyak 945 kematian daripada 31,681 di benua Oceania. Tinggi betul kes di semua tempat, stay safe semua!

Comments

comments