Dibebas Dari Tuduhan Cederakan Zulfarhan Osman, Muhammad Akmal Akif Sebak

45913

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa salah seorang tertuduh di bawah Seksyen 330KK yang didakwa mencederakan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain ialah Muhammad Akmal Akif Alias, 23.

Dia ialah salah seorang yang dinamakan sebagai ‘penyerang’ yang mencederakan Zulfarhan Osman namun itu bukan hakikatnya. Hakikatnya, dia juga antara yang cuba menyelamatkan Zulfarhan Osman setelah pemuda itu cedera parah didera oleh rakan sebatalion kerana dituduh mencuri komputer riba.

Ini didedahkan melalui prosiding mahkamah, yang seterusnya menyebabkan pertuduhan terhadap Akmal Akif digugurkan.

Tidak dapat menahan kesedihannya, Akmal Akif dilihat mengalirkan air mata dan memeluk ibunya sebaik saja keluar dari perkarangan mahkamah.

 

Muhammad Akmal Akif melalui prosiding di mahkamah dikatakan ialah salah seorang yang cuba menghantar surat layang kepada pegawai atasan meminta menyerbu bilik asrama di mana Zulfarhan Osman disembunyikan oleh tertuduh bersama saksi Muhammad Aiman Aufa, 23, namun gagal kerana pegawai atasan tersebut memasukkan surat layang itu ke kumpulan WhatsApp dormitori.

“Dia tolong saksi buat surat layang untuk selamatkan arwah.”

“Dia tak ada pun masa mereka pukul arwah.”

Dua surat layang yang ditulis Muhammad Aiman Aufa dan Muhammad Akmal Akif ialah:

Namun begitu, usaha mereka gagal setelah jurulatih meletakkan surat layang pertama ke dalam kumpulan WhatsApp. Tindakan mereka diketahui oleh tertuduh 302KK yang seterusnya mengambil tindakan memindahkan Zulfarhan Osman ke luar Universiti Pertananan Nasional Malaysia (UPNM).

Adik lelaki Zulfarhan Osman, Zulhelmie Idros juga telah memuat naik gambar Akmal Akif dan ibu bapanya bersama ibu bapanya.

Malah, ramai yang meminta agar Muhammad Akmal Akif diserapkan semula sebagai pelajar di UPNM kerana pertuduhan terhadapnya telah digugurkan secara mutlak.

Tahniah diucapkan buat Muhammad Akmal Akif. – amazingnara.com

Comments

comments