Dibuka Semula 5 Mac Ini, Pendaki Gunung Kinabalu Perlu Jalani ‘Swab Test’

Gunung Kinabalu

Dikenali sebagai Aki Nabalu oleh kaum Kadazan, gunung ini boleh ditawan oleh sesiapa yang cergas dan tidak terhad kepada pendaki berpengalaman sahaja.

Sejak pandemik melanda negara, Taman-Taman Sabah memaklumkan pendaki perlu menjalani swab test tiga hari sebelum tarikh pendakian mereka menerusi posting di Facebook.

perlu jalani ujian saringan Covid-19 sebelum mendaki

Hanya mereka yang negatif Covid-19 sahaja dibenarkan untuk mendaki. Pendaki boleh menjalani ujian saringan Rapid Test Kit-Antigen(RTK-Antigen), Real Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau ujian lain yang diluluskan Kementerian Kesihatan.

Advertisement

Keputusan ujian Covid-19 yang negatif mesti ditunjukkan kepada kakitangan bertugas sebelum pukul 10 pagi pada hari pendakian.

pendakian Gunung Kinabalu

Pendaki yang walk in juga dibenarkan mendaki dengan menunjukkan keputusan negatif ujian saringan sebelum memulakan pendakian manakala pendaki yang telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 dikecualikan dari ujian saringan.

Join Telegram Amazing Nara untuk info yang menarik!

SUMBER 

 

SUMBERTheBorneoPost

Comments