Dicekup Tidur Bersama Kekasih, Lelaki Ini Rentas Negeri & Sanggup Ingkar PKP

Tengah malam tadi, satu pasangan kekasih ni dicekup sedang berkhalwat di kawasan perumahan daerah Kulim. Semasa serbuan, lelaki yang berusia 36 tahun itu sedang menyorok di belakang pintu rumah teman wanitanya itu.

Lelaki tersebut duduk di Pulau Pinang dan sanggup datang ke Kulim demi nak jumpa teman wanitanya dan melepaskan nafsu sekaligus melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan.

Pemeriksaan terhadap bilik itu dilakukan selepas pihak berkuasa mendapat maklumat awam. Perempuan yang baru saja berusia 19 tahun itu berasal dari Perak dan hanya menyewa di bilik berkenaan kata Pegawai Penguatkuasa AgamaKulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat.

Hasil pemeriksaan mendapati, mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan dicekup kerana disyaki berkhalwat.

Lelaki itu hanya memberi alasan saja datang untuk tidur di rumah itu.

Pasangan tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika disabitkan kesalahan, mereka akan didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Advertisement

Comments