Didakwa Hina Melayu, Pengarah Filem BABI, Namewee Tampil Buka Mulut

Umum sedia maklum, filem BABI yang diarahkan oleh pengarah Malaysia, Namewee kini dikatakan mula mendapat perhatian umum apabila apabil wujud segelintir pihak seakan mendakwa poster filem tersebut menyentuh sensitiviti kaum melalui tulisan-tulisan yang terdapat dalam poster filem berkenaan.

Bukan itu sahaja, berikutan poster tersebut, terdapat individu tampil membuat laporan terhadap Namewee disebabkan.

Tidak mahu berdiam diri, kini Namewee tampil membuka mulut susulan isu tersebut dalam satu video yang dikongsinya di laman YouTube miliknya semalam.

Beliau yang sebelum ini didakwa menghina kaum Melayu dan bersikap perkauman itu dilihat berani untuk menepis segala dakwaan itu.

Dedahnya, andai beliau mahu bersikap ‘racist’, sudah pasti dirinya l tidak akan mengambil pelakon berbangsa Melayu dan lain-lain kaum serta tidak akan meletakkan sari kata bahasa Melayu dalam filemnya.

Advertisement

Namun demikian, beliau juga menegaskan bahawa filemnya itu tidak akan sama sekali ditayangkan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, ia hanya ditayangkan di festival filem antarabangsa di 4 tempat berbeza.

Malah, pihaknya juga menyatakan mereka tidak akan memohon kepada mana-mana pertubuhan bertanggungjawab di Malaysia untuk menayangkan filem berkenaan.

Menurut video tersebut, pihaknya tidak menerima sebarang wang untuk menghasilkan karya ini dan lngsunh tidak akan mendapat sebarang keuntungan dengan tayangkan filem tersebut di festival filem antarabangsa.

Sekadar informasi, filem BABI ini telah tercalon dalam empat festival filem antarabangsa, iaitu Open World Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song).

Sumber: Namewee

Comments

comments