Diejek Gajah Berulang Kali, Adik Seleberiti Balik Sekolah Minum Detox Penuh Lemon Sampai Sakit 

Budaya buli adalah satu gejala negatif  yang akan menjejaskan kehidupan seseorang dari segi emosi dan juga mental mereka. Siapa sahaja tidak pernah dibuli pada zaman sekolah hingga alam pekerjaan?

Kehidupan manusia dan budaya buli memang tidak boleh dipisahkan sejak dahulu lagi. Pernahkah anda semua terfikir apa yang akan terjadi dengan orang yang dibuli?

Kadangkala seseorang tidak memahami bahawa buli itu bukan bermaksud anda mencederakan seseorang tetapi kata-kata yang keluar dari mulut juga boleh mengakibatkan seseorang itu disakiti sekaligus menyebabkan keyakinan diri mereka jatuh.

Seorang adik kepada model iaitu Syarifah Haneesya Sayed Sahlan telah dibuli sejak dari darjah empat dan beliau digelar seekor gajah kerana mempunyai badan besar.

Beliau telah mengkongsikan kisah adiknya di dalam akaun Instagram miliknya agar semua pihak berkepentingan ambil serius akan kes buli menjejaskan emosi seseorang tidak kira tua mahupun muda.

Advertisement

 

View this post on Instagram

This is a sad story about my little baby brother & I hope people, parents, kids, teenagers or anyone will take this matter srs. So my baby brother has been bullied since standard 4 n he has been very patient with all his bullies because mommy never teach us to “balas” balik. Mommy also told him that “tangan adik bisa” I mean look at his hand man. All his bullies pulak smaller than him. Now adik is taking UPSR n he has this problem he doesn’t want to go too school. We thought because he mls but turns out he is being bullied. We knew the problem but we keep motivating him n he was okay at first but because he “pendam” his feelings it got worse. Yesterday adik was being called “Gajah” by this kid over n over again. When he came home he started to drink detox water. But his detox he put a lot of lemon. This morning adik didn’t want to go to school but we forced him cos exam is coming but he didn’t go to class. He was in the toilet because sakit perut n tak nak keluar. How we know? Mommy has this instinct so she called the teacher ask did he attend his class the teacher said no. Mommy straight away went to school n looked for him. Moral of the story, it shows that words can really effect a person no matter how big or strong they look. Bullies can be in many shape n sizes too. As a sister I see my mom reminding my brother not to bully anyone or hit anyone. As a parent you should remind your kids that bullying is not okay. If I’m a parent I would say bullying is a crime. Everything starts from home. I’m really sorry that my baby brother has to go through this. It hurts u know cos at 12years old he is going through a lot in school n school is supposed to be a fun place to go. Parents, do your part monitor your kids, do ask how was your day is in school, do you get bully, what did you learn today. Small things matter cos we don’t want it to lead too bigger matter.

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

Ini adalah kisah sedih mengenai adik lelaki saya dan saya harap semua pihak ambil perkara ini dengan serius.

Adik lelaki saya dibuli sejak darjah empat dan dia sangat sabar dengan apa yang dialami kerana ibu mengajar untuk tidak membalas perbuatan orang lain.

Sekarang adik saya bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi enggan pergi ke sekolah.

Ibu sering memberitahu adik, Tangan adik bisa, maksud saya lihatlah tangannya bagaimana.

Semua yang membuli dia lebih kecil daripadanya. Kini adik akan mengambil UPSR tetapi dia tidak mahu ke sekolah.

Mulanya kami ingat sebab dia malas, tetapi hakikatnya dia dibuli.

Kami tahu masalah dia dan cuba untuk motivasikannya, dia okay pada awalnya tetapi sebab dia pendam, masalah itu menjadi semakin teruk.

Semalam, adik dipanggil “gajah” berulang kali. Bila dia balik, dia mula minum air detox. Tetapi, dia letakkan terlalu banyak limau di dalamnya.


Pagi ini dia tidak mahu ke sekolah, kami paksanya kerana peperiksaan semakin hampir, namun dia tidak masuk kelas.

Dia berada dalam tandas kerana perutnya sakit dan tidak mahu keluar. Macam mana kami tahu? Ini kerana naluri seorang ibu saya.

Apalagi ibu terus hubungi pihak sekolah bertanya sama ada adik masuk ke kelas atau tidak, dan gurunya kata tidak.

Ibu terus ke sekolah dan mencari adik. Moral dari kisah ini, perkataan yang keluar dari mulut kita boleh menyakiti sesiapa sahaja, tak kisah betapa besarnya atau bertapa kelihatan kuatnya mereka. Buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan saiz juga.

Sebagai kakak, saya lihat ibu sering ingatkan adik untuk tidak membuli atau pukul orang lain. Sebagai ibu bapa, anda perlu ingatkan anak-anak untuk tidak membuli.

Jika saya ada anak, saya akan beritahu mereka yang buli itu adalah jenayah. Semuanya bermula dari rumah.

Saya kasihankan adik saya kerana terpaksa mengharungi perkara sebegini pada usia 12 tahun.

Sepatutnya sekolah adalah tempat yang seronok. Ibu bapa, tolong perhatikan anak anda, tanya mereka apa yang dilakukan di sekolah, adakah mereka dibuli, apa yang mereka belajar di sekolah hari ini.

Perkara kecil ini penting kerana jika tidak dibendung, ia boleh menjurus kepada kejadian yang lebih besar.

Diharapkan adik terus kuat menghadapi ujian ini, anggaplah ia sebagai kekuatan untuk adik terus menempuh kehidupan pada masa hadapan.

Adakah anda juga pernah dibuli? kongsikan cerita anda dengan kami.

Comments