Dilarang Bawa Bunga Untuk Pesakit Kanser: Arah Institut Kanser Negara

8304

Satu notis telah dikeluarkan oleh Institut Kanser Negara untuk melarang pengunjung membawa masuk bunga segar di Wad.

Mengapakah bunga segar tidak dibenarkan dibawa ke wad pesakit? Bukankah bunga ini dapat menaikan emosi pesakit?

Untuk makluman, pesakit di pusat kanser adalah terdiri daripada pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi . Pesakit-pesakit ini mempunyai tahap ketahanan badan yang lemah dan mudah dijangkiti penyakit.

Oleh itu, bunga hidup yang boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan kulat tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam wad untuk mengelakkan jangkitan.

Amalan ini bukan suatu perkara yang baru. Di United Kingdom 9 daripada 10 hospital melarang pengunjung membawa bunga segar semasa anda sedang melawat pesakit.

Pasti anda tertanya-tanya. Mengapa ya?

Ini untuk mengelakkan masalah alahan dikalangan pesakit. Debunga dari bunga (terutamanya bunga lily ) boleh menyebabkan sesetengah individu mengalami alahan teruk dan menyebabkan serangan astma.

Walaubagaimanapun, saranan ini juga mendapat respon yang berbeza dari pakar lain. Menurut Prof Hugh Pennington, Pakar Microbiologist, risiko jangkitan agak rendah, bunga dapat memberi keceriaan dan kegembiraan kepada pesakit.

Pendapat ini juga di sokong oleh seorang ahli Psychologist, Emma Kenny yang menyebut terdapat banyak kajian yang membuktikan impak bunga kepada psikologi kepada seseorang individu.
.

Saranan kepada anda yang akan melawat orang sakit:

? Pastikan anda tahu apa polisi hospital dan wad dengan mematuhi arahan pihak hospital
? Elakkan memberi bunga kepada pesakit yang memiliki tahap imuniti yang rendah seperti pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi.
? Utamakan keselamatan pesakit dan persekitaran hospital.

Semua ini demi keselamatan dan kesihatan pesakit, Harap anda prihatin.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

 

Tinggalkan komen anda