Dipanggil ‘Nenek’ Kerana Penyakit, Gadis 15 Tahun Jalani Pembedahan Wajah Untuk Kelihatan Umur Sebenar

5312

Bukan selalu anda dengar gadis muda remaja jalani pembedahan plastik untuk jadi cantik, seperti kes ini di mana seorang gadis 15 tahun kelihatan seperti seorang nenek.

Cerita Xiaofeng, seorang gadis dari Laioning, China, yang mengalami penyakit jarang ditemui menyebabkannya kelihatan seperti nenek 60 tahun, menjadi tajuk berita pada Disember tahun lepas.

Outlet media seluruh Asia menulis bahawa penyakit itu tidak boleh dirawat dan dikenali dengan nama ‘progeria’ mula dialami oleh Xiaofeng semasa berusia setahun. Dan pada usia meningkat remaja, dia kelihatan seperti seorang wanita tua.

Kulitnya yang kendur menyebabkannya menjadi bahan ejekan di sekolah. Dia sering dibuli, menyebabkan dia berhenti belajar.

Kisah hidupnya menyebabkan ramai sedih mendengar ceritanya, seterusnya mereka mengumpul dana untuk membuat pembedahan supaya dia boleh kelihatan seperti usianya yang sebenar. Kata Xiaofeng dalam satu temu bual:

Kadang-kadang orang panggil saya makcik atau nenek. Ia buat saya sangat sedih.

Dengan rupa begini, saya tak nak pergi sekolah. Saya bukan nak jadi cantik. Saya cuma nak jadi seperti remaja lain dan hidup tanpa pandangan aneh dari orang lain.

Kerana sudah muak dikutuk di sekolah, gadis 15 tahun itu memutuskan untuk duduk di rumah sahaja dan menjaga burung-burung peliharaan keluarganya.

Cerita mengenai  Xiaofeng kemudiannya sampai ke pengetahuan seorang ahli filantropi China iaitu Guo Mingyi, yang menganjurkan kutipan dana bagi pembedahan untuk menjadikan dia remaja seperti sepatutnya.

Pada 29 Disember, Xiaofeng menjalani pembedahan wajah, pembedahan membentuk semula hidungnya dan juga pembedahan mikro untuk memeprbaiki kedutan dan kulit kendur di tepi mulutnya.

Kos pembedahan itu ialah sekitar 500,000 yuan (RM 294,083.71) tetapi Shi Lingzhi, Pengarah Hospital Pembedahan Plastik  Shenyang Sunline memberitahu wartawan mereka ingin membantu gadis itu dengan memberikan potongan bayaran sebanyak 70%.

Pada 20 Januari, Xiaofeng yang berusia 15 tahun mendedahkan keputusan pembedahannya semasa satu sidang akhbar.

Dia memberitahu sangat teruja dengan wajah barunya, memberitahu dia ingin kembali ke sekolah dan belajar hingga menjadi seorang doktor.

Sekarang saya sangat gembira dan terharu kerana saya dah cantik. Saya rasa lebih yakin. Selepas pembedahan ini, saya percaya keajaiban wujud di dunia ini.

Selepas pulang ke sekolah, saya ingin belajar sampai jadi doktor. Kalau saya jadi doktor, saya dapat sebarkan kasih sayang.

– amazingnara.com

Comments

comments