Dipercayai Menjadi Mangsa Buli, Jenazah Allahyarham Prebet Aziz Selamat Dikebumikan

Pada 7 September, seorang anggota tentera telah meninggal dunia setelah dikatakan terjatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman kem tentera di Batu Pahat, Johor.

Mangsa, Abdul Aziz Aznam yang berusia 20 tahun telah disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang pada 29 Ogos lepas.

Timbul pelbagai spekulasi seperti mangsa sering didera atau dibuli di kem tentera tersebut. Namun tiada laporan rasmi yang telah dikeluarkan.

kredit – Sinar Harian

Pada 7 September 2020, abang kepada mangsa, Mohamad Mairulnaim Aznam telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis untuk memastikan jika ada sebarang unsur penderaan atau buli, kematian adiknya itu terbela.

Menurut abangnya lagi, sebelum ini, arwah pernah menyatakan bahawa dia sudah tidak mampu menahan “ragging” yang dikenakan di kem tentera tersebut. 

Pada masa itu, abangnya cuma menasihati arwah supaya menahan kerana ia mungkin menjadi kebiasaan apabila berada di dalam kem tentera.

Advertisement

Namun, semenjak Disember yang lepas, arwah makin kerap mengadu tidak tahan duduk di kem tentera, sehinggalah arwah membuat keputusan untuk pulang ke rumah selama lebih 6 bulan.

Saya nampak dia lebih ceria, siap tolong mak dan adik beradik buat kerja. Bila dia buat keputusan nak berhenti, kami tak sampai hati dan setuju dengan keputusannya – Abang Mangsa

Setelah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan di kem tentera, tidak sampai 24 jam setelah menghantar arwah ke kem, lebih kurang jam 3 pagi, keluarga arwah mendapat panggilan bahawa adiknya telah jatuh dari tingkat 3 bangunan tersebut.

Arwah sudah tidak sedarkan diri. Keadaan arwah cukup menyayat hati.

Arwah memang bercita-cita untuk menjadi anggota tentera, untuk mengikut jejak arwah bapa yang telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu.

Arwah simpan motosikal kesayangannya dalam bilik, dah macam petanda dia takkan balik lagi.

kredit – Facebook

Arwah dipercayai terjun bangunan kem tentera tersebut akibat tidak tahan menjadi mangsa buli. Namun tiada kata putus atau laporan rasmi yang diterima setakat ini.

8 September 2020 – Jenazah arwah telah selamat dikebumikan.

kredit – Sinar Harian

Jenazah Allahyarham Prebet Aziz diiringi Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batu Pahat, Johor. 

Suasananya cukup pilu.

Jenazah Allahyarham tiba di kediaman keluarga di Bandar Baru Putra, Bercham dengan kereta jenazah TDM pada jam 1.30 pagi.

kredit – Sinar Harian

Ibunya, Rohana Husin, 49 dilihat sayu sambil mentisikan air mata sepanjang majlis pengebumian. 

Diharapakan siasatan terperinci dilakukan supaya keluarga arwah mendapat punca sebenar kematian berikutan aduan yang diterima oleh abang arwah mengenai isu buli dan “ragging” di kem tentera.

Inalilahi wainalilahi rojiun

Sumber : Sinar Harian

Comments

comments