“Dipukul Kalau Tak Ikut Arahan” – Anak Yatim Jadi Mangsa Eksploitasi, Pasangan Suami Isteri Ditahan

Padah mengekspolitasi anak-anak yatim, sepasang suami isteri ditahan dalam serbuan di Taman Bukit Seputeh, Kuala Lumpur semalam. Polis juga turut menyelamatkan kanak-kanak dan remaja yang menjadi mangsa eksploitasi tenaga buruh pasangan tersebut.

Menerusi laporan Harian Metro, Asisten Komisioner Anuar Omar selaku Ketua Polis Daerah Brickfields berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang lelaki berusia 18 tahun pada petang semalam.

“Siasatan mendapati pengadu bersama 16 kanak-kanak dan remaja dari sebuah rumah anak yatim di Kulim, Kedah dibawa oleh kedua-dua suspek ke sebuah rumah di Seputeh untuk melakukan kerja rumah pada 2017”

Tak tahan melakukan kerja-kerja rumah, seramai 14 daripada 16 kanak-kanak dan remaja terbabit melarikan diri. Mereka dipaksa melakukan kerja rumah dan akan dipukul jika tidak mengikut arahan.

Difahamkan, pengadu berjaya melarikan diri dan terus datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kejadian.

Advertisement

“Kami menahan suami isteri berusia 55 dan 54 tahun serta berjaya menyelamatkan individu yang terlibat dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.”

Tambahnya, mana-mana badan kebajikan atau individu diingatkan untuk tidak melakukan eksploitasi terhadap kanak-kanak terutamanya dalam menjalankan aktiviti jenayah.

Sumber 

SUMBERHa

Comments