Dirakam Anak Tanpa Sengaja Makan Nasi Tidak Berlauk, Jawapan Si Ayah Undang Sebak

makan nasi tanpa lauk

Disaat kita merasa kita sudah mempunyai kehidupan yang mewah, tempat berlindung yang selesa dan makanan yang sedap, kita harus bersyukur kerana masih ada segelintir masyarakat yang terpaksa bercatu makanan untuk keluarga sendiri sedangkan mereka terpaksa makan nasi tanpa lauk.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan kehidupan seorang bapa dan anak yang serba kekurangan. Seorang anak yang memberitahu bahawa dia baru saja makan nasi putih dengan lauk yang dibelikan ayahnya.

makan nasi tanpa lauk

Si anak berlari ke arah ayahnya yang sedang makan dan terkejut melihat ayahnya makan nasi tanpa lauk. Kemudian, dia bertanya mengapa ayah makan nasi tanpa lauk pula?

Advertisement

“Papa makan nasi tak ada lauk?”

Jelas dilihat ayahnya sedaya upaya untuk melarikan diri daripada dirakam anak dan menjawab dia makan nasi dengan lauk walaupun pinggan tersebut hanya berisi nasi dengan kuah sahaja.

Namun, setelah video itu viral, segelintir netizen telah mengecam dengan mengatakan video itu sengaja dibuat untuk meminta simpati orang ramai.

“Kami pilih doa daripada duit”

Setelah menjadi perbualan ramai, lelaki itu kemudian memuat naik video baru di applikasi TikTok bagi menjelaskan keadaan sebenar dirinya.

Katanya, dia telah menerima mesej dari ‘sahabat-sahabat’ (rakan di media sosial) yang ingin menghulurkan sumbangan buat dirinya sekeluarga.

Walau bagaimanapun, dia tetap memilih untuk menerima doa daripada masyarakat sekeliling dari sumbangan berbentuk wang yang ingin diberikan.

Sumber

 

 

SUMBERGempak Online

Comments