Disebalik Kisah ‘Robin Hood Palestin’ Menggodam RM1.2 Billion Bank Amerika

Bagi mereka yang pernah mengikuti kisah legenda Robin Hood, pasti cukup mengetahui cerita beliau seorang penjahat yang berubah menjadi seorang pencari keadilan dalam memperjuangkan kaum miskin.

Kini seorang lagi lelaki diibaratkan Robin Hood atau penjenayah siber alaf baru yang tidak diketahui oleh ramai.

Mengapa beliau diibaratkan sebagai Robin Hood?

Hamza Bendelladj seorang warga Algeria yang berusia 30 tahun adalah seorang penggodam komputer yang paling dikehendaki di dunia oleh interpol termasuk FBI.

Hamzah

Advertisement

Beliau telah menggunakan kepakaran sibernya untuk menggodam lebih daripada 200 sistem perbankan Amerika Syarikat termasuk laman sesawang kerajaan rasmi Israel dan mencuri data-data bank.

Peroleh $ 4 bilion

Hamza dikatakan menggodam kira-kira 217 bank dan memperolehi lebih daripada $ 4 bilion.

Hamza juga didakwa mencipta virus “Trojan Horse” dan “SpyEye” yang tersebar dari tahun 2009 sehingga 2011, dimana telah menjangkiti 1.4 juta komputer di seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai akses langsung kepada berjuta-juta mangsa merentas sempadan dengan menjalankan kempen e-mel, menanam perisian “jahat” di laman web yang popular dan banyak lagi.
spy eye

Selain itu, Hamza juga dikatakan telah menjual salinan virus SpyEye kepada pengguna dengan harga RM34 ribu untuk setiap salinan virus.

Beliau telah menggunakan nama BX1 sebagai nama samaran dalam talian dan dipercayai sebagai salah satu pengawal bagi perisian SpyEye yang “menjangkiti” komputer pengguna dan kemudian mencuri maklumat peribadi yang digunakan untuk masuk ke dalam akaun kewangan dalam talian.

3 tahun jadi buruan akhirnya ditangkap

Selepas 3 tahun diburu, akhirnya Hamza berjaya ditangkap pada tahun 2013 di lapangan terbang Bangkok, Thailand.

berjaya ditangkap

Lebih mengejutkan, semua wang yang diperolehnya telah disumbangkan kepada badan amal Palestin dan Afrika. Disebalik jenayah siber yang dilakukan Hamza, beliau diangkat sebagai wira Algeria kerana mendermakan lebih dari RM1.17 billion kepada Palestin.

Ekoran itu, Hamzah dianggap sebagai perwira kepada ramai orang kerana perbuatan amalnya yang bermurah hati.

senyum selalu
Namun, ketika dia ditangkap, media tertarik dengan reaksi mukanya yang sentiasa tersenyum walaupun telahpun ditangkap. Disebabkan itu, Hamzah telah digelar sebagai ‘Smiling Hacker’.

Comments

comments