Diserang Ketika Mahu Kunci Pagar, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Seram Dikejar Objek Putih

5636

Dalam kehidupan seharian, kadang kala ada masanya kita akan terleka dan cuai ketika melakukan sesuatu. Mungkin ada yang teriupa, bahaya boleh berlaku di mana-mana saja. Bahaya pun boleh datang dalam pelbagai cara, dari manusia ataupun yang lain.

Seorang lelaki kongsikan pengalaman seram diserang oleh satu objek berwarna putih. Semuanya terjadi ketika dia sedang mengunci pintu pagar rumahnya pada waktu malam. Kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua di luar sana untuk lebih berhati-hati.

“Semalam abang aku kena serang waktu nak tutup pagar. Dah lewat malam tak expect benda nak jadi.”

Objek putih atau lebih familiar dipanggil seekor angsa itu menyerang lelaki itu secara tiba-tiba! Tak pasti lah apa motifnya tetapi sampaikan tergolek lelaki itu di halaman rumah. Hmm takut betul tu, bang.

“Ingatkan ada perompak tadi.”

“Jalan punya lah berhati-hati, ingatkan takut apa.”

“Kalau balik kampung, paling menyampah natang ni.”

Bukan main takut lagi ‘brader’ ni sampaikan pasu bunga pun boleh tergolek sekali. Bukannya apa, tak ada siapa yang suka dikejar angsa kan? Tak apa, kami faham.

Comments

comments