Diskaun Saman Trafik Sehingga 50 Peratus Bermula Esok

Kepada sesiapa yang mempunyai saman PDRM yang masih belum dijelaskan, inilah masanya untuk korang langsaikan sebab PDRM berikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus bermula esok sehingga 18 Julai ini.

Menurut laporan Harian Metro, tawaran ini dibuat untuk kesemua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman dalam kategori senarai hitam dan ianya dikatakan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Azisman Alias.

Bagaimanapun, tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun ini, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan ibu pejabat polis daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan Covid-19 ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Jadi, korang boleh daftar di portal rasmi PDRM atau pergi je ke https://[email protected] untuk bayar saman.

Kita juga berharap pengurangan kompaun saman ini akan dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik Covid-19.

Apapun, diharapkan kita semua sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Advertisement

Sumber

Comments