Disuap Dengan Kenderaan Mewah, Anggota Jabatan Imigresen Ditahan

Sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Seramai 23 individu termasuk anggota Jabatan Imigresen ditahan untuk prosiding reman yang dipercayai berhubung dengan kes pemalsuan cap sempadan.

Bukan itu sahaja, beberapa model kenderaan mewah milik kakitangan Jabatan Imigiresen Malaysia turut disita.

sumber – Harian Metro
sumber – Harian Metro
sumber – Harian Metro

Menurut Harian Metro, antara kenderaan yang dirampas adalah Nissan GTR, Subaru Impreza, Toyota Alphard, Mitsubishi Lancer dan beberapa lagi kenderaan import yang bernilai jutaan ringgit.

Tambahan pula, sejumlah wang sebanyak RM616,499 didalam akaun bank seorang kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia telah disita termasuklah wang tunai berjumlah RM132,000.

Advertisement

Antara red flag yang diterima ialah apabila beberapa kakitangan Jabatan Imigresen dengan gred gaji KP19 yang berada hanya dalam lingkungan RM1,360 dan RM4,052 memilik kemewahan yang melampaui pendapatan masing-masing.

Memang tidak ada logiknya jika anda seorang kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia bergaji maksima RM4,052, memliki sebuah kenderaan seperti Nissan GTR memang pastinya akan menimbulkan syak wasangka.

SPRM masih lagi menjalankan siasatan menerusi Op Selat dan 4 lagi individu telah ditahan untuk membantu siasatan.

Comments

comments