DIY! Kaedah Selamat Halau Nyamuk Guna Bahan Di Dapur, Confirm Tidur Lena

Petua halau nyamuk.

Nyamuk adalah salah satu serangga yang dibenci manusia dan bukan sahaja kecil tetapi boleh mendatangkan bahaya kepada manusia jika terkena gigitannya.

Gigitan nyamuk kecil menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit dan dalam masa yang sama boleh menyebabkan demam denggi yang membawa maut jika tidak dirawat dengan betul.

Bagi menghalau nyamuk, pastinya kita akan menggunakan ubat nyamuk namun jika kerap kali mengguna ubat nyamuk, ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada kesihatan manusia.

Tahukah anda, kita boleh mengguna bahan yang sedia ada di dapur rumah untuk menghalau nyamuk pada waktu malam dan ia mampu memberi perlindungan kepada kesihatan manusia.

Advertisement

Menerusi satu video yang dikongsi di Tik Tok di mana caranya amat mudah dan bahan tersebut boleh diambil dari dapur rumah sahaja. Bahan-bahan itu adalah bawang putih, lada hitam, garam, halia dan juga cuka putih.

Petua halau nyamuk.

Campurkan kesemua bahan di atas dalam mangkuk kecil dan letakkan di bucu bilik semalaman semasa anda tidur. Tonton video di bawah supaya lebih jelas.

@dxfscientificlifeIt took 30 years to know how to kill mosquitoes like this##lifetips ##foryou? ?? – DXF-Scientificlife

SUMBER 

 

SUMBERTik Tok

Comments