“Doakan Akak Dapat Zuriat” – Rider Makanan Terkejut Dapat Sampul Duit RM1,000 Minta Doakan Rezeki Anak

Lumrah dalam perkahwinan, ikatan yang sedia terjalin pastinya lebih erat dengan kehadiran cahaya mata. Pun begitu, disamping rezeki cahaya mata, masih banyak rezeki lain juga yang boleh dimanfaatkan bersama.

Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook apabila seorang lelaki berkongsi kisah mengenai seorang wanita yang memberikan duit kepadanya dalam amaun yang agak banyak.

Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Faris Faizul yang merupakan rider FoodPanda itu turut menyatakan dia menerima sampul itu selepas melakukan delivery makanan.

Beberapa detik selepas itu, wanita tersebut memberi pesanan untuknya mengambil sampul yang ditempatkan di bawah mangkuk.

Advertisement

“Adik angkat mangkuk dekat atas meja putih, ada sampul..adik ambik ye, terima kasih”

Dalam perkongsian lelaki ini di laman FoodPanda Malaysia, pemberian sampul tips ini sering diterimanya. Namun kali ini, dia tidak menyangka nilai didalamnya sebanyak itu.

Faris juga ada berkongsi perbualannya dengan wanita tersebut dilaman sosialnya.

“Kak betul ke ni? Tak main-main kan? Sebab ada RM 1,000 tu..”

Ujarnya lagi, wanita itu membalas mesej itu dan mengatakan itu rezeki buat rider ini, wanita itu turut meminta untuk mendoakan rezekinya mendapat zuriat. Wah, baik sungguh akak ni..

“Rezeki adik..Doakan akak dapat zuriat, nanti kongsilah dengan kawan-kawan adik ye, minta mereka doakan akak semoga cepat dapat zuriat”

Pun begitu, sebelum drop off makanan, Muhammad Faris Faizul juga sempat meninggalkan pesanan dan ucapan terima kasih serta mendoakan wanita itu segera peroleh zuriat. Aamiin..

Rata-rata netizen juga turut mendoakan agar doa wanita ini termakbul selain bangga dengan kebaikan beliau.

Murah rezeki akak ni kan.. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk sentiasa bersedekah kerana didalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga.

Moga wanita ini diberikan rezeki zuriat asbab kebaikan yang disampaikan. In Shaa Allah.

Sumber

 

Comments

comments

SOURCEFacebook