Doktor Kardiologi Yang Didakwa Melawan Perintah Kawalan Pergerakan Dikenakan Hukuman Hari Ini

dr ong

Sebelum ini, telah tular video tentang seorang doktor yang mencabar pihak berkuasa selepas dirinya didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan. Hari ini, doktor tersebut telah dijatuhkan hukuman atas dua kesalahan yang berkaitan. Doktor pakar kardiologi tersebut sebelum ini telah memarahi pihak berkuasa yang cuba menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan ketika dia sedang keluar berjogging.

Kesalahan yang dilakukan oleh Dr Ong Hean Teik kerana berada di Taman Bandaraya pada 19 Mac lalu tidak disertakan dengan alasan yang kukuh. Dr Ong telah didakwa di bawah Peraturan 3 (1) Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan yang dijangkiti) Peraturan 2020. Ini membolehkan Dr Ong dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan lain yang didakwa dilakukan Dr Ong ialah menghalang penjawat awam melakukan tugas di tempat dan waktu yang sama. Dr Ong berdepan dengan Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memberi hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

doktor jogging

Walau bagaimanapun, Dr Ong telah diwakili seorang peguam bela meminta untuk dibicarakan terhadap kedua-dua tuduhan tersebut. Majistret Jameliah Abdul Manaf membenarkan Dr Ong diikat jamin RM13,000 dan diarahkan untuk menyerahkan passport manakala sebutan kes ditetapkan pada 9 Jun depan.

Selain itu, Dr Ong juga perlu melaporkan diri di balai polis setiap sebulan sekali. 

Ringkasan daripada kes, Dr Ong dilihat berjogging di Taman Bandaraya dan dinasihati pulang ke rumah oleh pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 19 Mac lepas. Meskipun setelah dinasihati secara baik, Dr Ong masih bertegas untuk terus berada di taman tersebut untuk bersenam.

MBPP telah membuat laporan polis terhadap Dr Ong sejurus kejadian tersebut dan video rakaman perselisihan antara Dr Ong dan pegawai MBPP dikongsi di semua laman media sosial.

Sumber

Comments

comments