Doktor Nasihat Jangan Tiru ‘Trend’ Sumbat Bawang Putih Dalam Hidung Untuk Keluarkan Lendir

trend sumbat bawang putih

Zaman sekarang, orang ramai boleh mendapatkan makumat atau tips-tips seharian hanya di hujung jari saja. Contohnya, di aplikasi TikTok ramai warganet berkongsi tentang lifehack ataupun trick yang digunakan dalam aktiviti seharian.

Pun begitu, perlu diingat orang ramai perlu memperoleh maklumat yang benar untuk mempraktikkan lifehack tersebut terutamanya mengenai kesihatan.

Baru-baru ini satu video telah dimuat naik oleh seorang individu di aplikasi TikTok yang menunjukkan dia cuba untuk memasukkan bawang putih ke dalam hidung selama 10-15 minit untuk mengeluarkan lendir dan hasilnya berjaya.

Namun begitu, menerusi laporan Shape, tindakan itu tidak disarankan oleh pengamal perubatan kerana ianya boleh mendatangkan bahaya dan tidak akan memberi kesan yang positif seperti yang diinginkan.

Advertisement

Seorang pakar telinga, hidung dan tekak, Dr Neil Bhattacharyya mengatakan cara seperti itu boleh menyebabkan bahaya kerana badan akan mula bertindak balas terhadap kimia dalam bawang putih selain menyebabkan dermatitis kontak di hidung. Dermatitis kontak ialah keadaan kulit seperti kulit gatal dan ruam.

“Sebilangan bawang putih benar-benar kuat dan jika ianya cukup melarutkan bahan kimia dan minyak ke dalam hidung boleh menyebabkan kerengsaan” – katanya. 

Menurutnya, terdapat cara lain yang boleh digunakan dan dia menyarankan supaya mereka yang menghadapi masalah seperti ini untuk menggunakan ubat semburan steroid untuk hidung.

Jika mereka betul-betul ingin menggunakan bawang putih untuk mengatasi hidung tersumbat, mereka perlu menghancurkan bawang putih itu dan masukkan ke dalam air mendidih serta menyedut wap itu daripada jarak yang selamat.

Walau bagaimanapun, cara seperti tidak mendapat sokongan yang kuat dalam kajian.

Sumber : Mirror.co, Shape.com

Comments