Donald Trump Ambil Ubat Malaria Untuk Elak Simptom COVID-19 Walaupun Didapati Tidak Selamat

donald trump

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui mengambil ubat malaria untuk mengurangkan simptom sekiranya dijangkiti coronavirus. Menurut Trump, beliau mengambil ubat malaria dan makanan tambahan lain untuk tempoh lebih seminggu.

Beliau memberitahu perkara itu di dalam satu sidang media di White House semalam di mana beliau membuat pengakuan bahawa dia mula mengambil ubat malaria dan lupus baru-baru ini. Walaupun tidak ada bukti ubat hydroxychloroquine dapat melawan coronavirus, memandangkan ujian klinikal sedang dijalankan.

“Saya mengambilnya selama kira-kira satu setengah minggu dan saya masih di sini, sekarang juga saya masih di sini.”

Beliau memberitahu menerima bekalan ubat tersebut daripada pakar perubatan White House. Presiden berusia 73 tahun itu menjadi tuan rumah pertemuan yang ditujukan untuk industri restoran yang sedang bergelut, ketika beliau tanpa disedari mendedahkan sedang mengambil ubat itu.

donald trump

“Banyak faedah yang diperoleh daripada ubat ini. Anda pasti terkejut apabila mengetahui berapa ramai yang mengambil ubat ini, khususnya petugas barisan hadapan,” katanya lagi.

Pada bulan lalu, US Food and Drug Administration (FDA) mendedahkan ubat hydroxychloroquine tidak terbukti selamat dan berkesan. Ia memetik laporan bahawa ubat itu boleh menyebabkan masalah ‘heart rhythm’ yang serius pada pesakit COVID-19.

Manakala, Centers for Disease Control (CDC) memberitahu tidak ada ubat atau terapi yang diluluskan untuk mencegah atau merawat COVID-19, yang kini disahkan telah menjangkiti lebih daripada 1.5 juta orang di AS dan membunuh lebih 90,000 pesakit.

Mengetepikan laporan mengenai kesan sampingan yang teruk dari hydroxychloroquine, presiden itu berkata: “Apa yang dapat saya sampaikan adalah, saya masih okay setakat ini.”

ubat malaria

Beliau mengatakan satu-satunya perkara negatif yang didengarnya adalah dari “laporan yang sangat tidak ilmiah” yang dilakukan oleh “orang-orang yang bukan peminat Trump”. Di mana beliau merujuk kepada kajian awal pada bulan April mengenai pesakit COVID-19 di hospital yang dikendalikan oleh kerajaan AS untuk veteran tentera.

Hasil ujian itu mencadangkan hydroxychloroquine tidak memberi manfaat dan bahkan menyebabkan angka kematian lebih tinggi. Menurut doktor, ubat tersebut berpotensi menyebabkan gejala termasuk kegagalan jantung, pemikiran untuk bunuh diri (suicidal thoughts) dan tanda-tanda penyakit hati.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments