Donald Trump Mahu Vaksin COVID-19 Diberikan Kepada AS Dahulu

Gambar hiasan

Ketika ini, para pemimpin di beberapa buah negara seperti China, Perancis dan Jerman sedang berkerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memanfaat apa saja vaksin yang berjaya ditemui bagi merawat COVID-19 sebagai ‘kepentingan awam global’.

Namun, berbeza pula dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) ini apabila dia menunjukan sikap ‘pentingkan diri’ meminta agar vaksin diberikan keutamaan kepada rakyatnya terlebih dahulu.

President Amerika Syarikat, Donald Trump

Untuk pengetahuan, syarikat yang terbabit dalam usaha membangunkan vaksin kini bergantung sokongan daripada AS yang mana bertentangan dengan setiap cabaran terhadap hak harta intelek antarabangsa.

Oleh itu, permintaanya mungkin tidak dapat dihalang kerana ia telah bertentangan dengan usaha keras syarikat membangunkan vaksin yang memerlukan perbelanjaan berbilion dolar itu. Walau bagaimanapun, Mark Feinberg, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) International AIDS Vaccine Initiative, dalam satu kenyataan berkata keputusan tersebut akan dibuat selepas vaksin selesai dibangunkan.

Vaksin yang bakal siap tidak mungkin diberikan secara percuma.

Gambar hiasan

Oleh kerana pengeluaran ubat tunggal itu dikatakan tidak akan mencukupi untuk menampung permintaan dunia. Profesor Kesihatan Awam di Universiti Georgetown, Matthew Kavanagh, berkata harga vaksin ini pasti akan mahal seperti vaksin untuk penyakit HIV yang dibangunkan satu ketika dahulu. Walaupun tak dinafikan, beberapa syarikat sudah komited memberikannya dengan sejumlah kos.

Namun, negara pertama yang mendapat vaksin kekal menjadi persoalan.

Presiden AS itu nampaknya bersungguh mahukan vaksin itu terlebih dahulu bertujuan untuk membaik pulih semula ekonomi di negaranya. Usaha tersebut dikatakan bertujuan untuk melobi dirinya sendiri dalam pemilihan semula pada November tahun ini.

Kini, Donald Trump telah mendesak syarikat yang membangunkan vaksin ini untuk memberikan 300 juta vaksin yang dikatakan bakal siap seawal Januari tahun depan. Memandangkan jumlah tersebut dijangka mencukupi untuk seluruh rakyat AS yang terjejas.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments