“Done Claim”, Pakaian Kebangsaan Miss Grand Malaysia 2019 Didakwa ‘Tiru’ Pakaian Indonesia

2523

Kita kembali lagi dalam episod #DoneClaim untuk kali ke berapa pun tak pasti lah. Kalau sebelum ini memang dah banyak kali juga rakyat Indonesia yang ‘claim’ Malaysia banyak meniru Indonesia dalam segala macam hal.

Kali ini pula, pakaian tradisional yang dipakai oleh Mel Dequanne Abar, Miss Grand Malaysia 2019 didakwa meniru budaya tradisional Indonesia. Kalau dilihatkan pada corak pakaian tersebut, ianya mengetengahkan ciri-ciri wayang kulit.

miss grand malaysia
Pakaian tradisional itu mendapat inspirasi daripada Hikayat Seri Rama yang berasal daripada Siam. Ianya antara hikayat popular digunakan dalam wayang kulit di Malaysia. Tetapi berlaku pula perdebatan kerana rakyat Indonesia mendakwa wayang kulit sudah disahkan sebagai budaya mereka oleh UNESCO.

“Ya, wayang kulit sudah diakui UNESCO. Pementasan wayang kulit sangat sering disini, rutin.”



Tetapi yang pastinya, Malaysia dan Indonesia kan serumpun jadi memang akan ada banyak persamaan dari segi budaya. Kalau ikutkan bahasa yang kita tuturkan pun, lebih kurang sama sahaja.


Kalau diikutkan bukan ini sahaja yang pernah di ‘claim’ oleh rakyat Indonesia. Anda boleh baca artikel berkaitan isu #DoneClaim ini di artikel di bawah.

Artikel berkaitan: YouTubers Indonesia ‘Claim’ The Beatles Terinspirasi Daripada Kumpulan Indonesia

Artikel berkaitan: Rakyat Indonesia ‘Claim’ Pakaian Tradisional Sarawak Oleh Peserta Malaysia Ini Berasal Dari Indonesia

Comments

comments