Doraemon Bakal Promosi Tahun Melawat Malaysia? Upin Ipin Lebih Membanggakan

Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, Balai Seni Lukis Negara bercadang untuk mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun animasi popular Jepun, Doraemon.

Bagaimanapun, ramai yang tidak setuju mengapa pula Doraemon yang dijadikan sebagai bahan tarikan dan promosi sedangkan banyak lagi watak animasi tempatan yang tidak kurang hebatnya boleh digunakan untuk mempromosikan Malaysia.

Isu ini juga mendapat respon daripada Les’ Copaque Production yang merupakan penerbit animasi Upin Ipin yang kini sudah dikenali di peringkat antarabangsa.

Advertisement

Netizen tidak bersetuju promosikan Doraemon

Terbaru, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang promosi yang melibatkan watak kartun animasi Doraemon dan ia sama sekali tidak termasuk dalam perancangan promosi Tahun Melawat Malaysia 2020. Mohamaddin berharap orang ramai tidak terkeliru dengan apa yang viral di media sosial. Jika benar pihak MOTAC ingin menjadikan watak animasi sebahagian daripada promosi, tentunya beliau akan memilih karya tempatan.

Sumber Berita : BH ONLINE & Facebook Les’ Copaque

Comments