Dos Pertama Vaksin Sudah Diterima 223,923 Individu Terdiri Daripada Petugas Barisan Hadapan

laporan harian suntikan vaksin

Program vaksinasi kebangsaan yang bermula sejak akhir Februari lalu mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 223,923 penerima terdiri daripada petugas barisan hadapan yang menerima suntikan vaksin.

Menerusi ciapan Twitter Datuk Seri Dr Adham Baba, angka penerima itu dimaklumkan berdasarkan maklumat rasmi daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vakin Covid-19 (JKJAV).

suntikan vaksin

Susulan itu, negeri Sarawak merekodkan jumlah penerima tertinggi iaitu sebanyak 28,194, disusuli Selangor 24,211 dan Kuala Lumpur dengan jumlah 20,510.

Advertisement

Usaha untuk memastikan antara 70 hingga 80 rakyat di negara mendapat suntikan vaksin menjelang Februari tahun depan di samping membentuk sebuah kelompok sihat dalam memerangi wabak Covid-19.

Sebelum ini, pendaftaran mendapatkan suntikan vaksinasi boleh dibuat dalam talian secara manual. Kini, berdasarkan buku program yang dikeluarkan, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), dua kaedah pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui aplikasi MySejahtera dan laman web www.vaksincovid.gov.my

cara mendaftar untuk suntikan vaksin

Proses vaksinasi yang didaftarkan secara dalam talian mahupun manual adalah sama meliputi 18 langkah.

Orang awam akan mendapat janji temu seperti tarikh dan tempat vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon.

SUMBER

 

Comments

comments