Dr Amalina Rayu Orang Ramai Beri Sumbangan Kepada Adik Ainul Di UK Demi Rawatan Kanser Germ Cell Tumor

12082

Ingatkah anda dengan kisah seorang bayi yang menghidap penyakit kanser Germ Cell Tumor yang kini berada di United Kingdom untuk dapatkan rawatan.

Ainul Mardiah kini akan mendapatkan rawatan dari pasukan Dr. Amalina Bakri di United Kingdom(UK) yang sedang bersedia untuk membantu bayi yang berusia 8 bulan ini.

Ahmad Safiuddin, Bapa kepada Ainul Mardhiah dalam entri Facebook miliknya berkata, doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri yang kini berpangkalan di sebuah hospital terkemuka di UK berhasrat untuk membantu Ainul Mardhiah.

Assalamualaikum. Update terkini, Dr Amalina di UK and team sudah respon.

Mereka (pakar perubatan) di UK dah ready di sana and minta kami buat MRI di sini.

Apa pun jalannya, semoga Allah permudahkan. Semoga ada Allah dalam setiap langkah dan usaha kami.

Beberapa jam yang lepas, Dr. Amalina ada memuatnaik dalam akaun Instagram Story-nya di mana beliau memohon orang ramai untuk terus memberi sumbangan bagi membantu adik Ainul ini.

Dalam entri Story terbarunya, Dr. Amalina sekali lagi merayu demi sumbangan bagi adik Ainul dan turut menegaskan segala kos rawatan telah ditetapkan oleh pihak hospital dan beliau tidak mendapat apa-apa daripadanya.

Saya hanya mahu menegaskan yang saya tidak terlibat dalam apa-apa hal berkenaan kos rawatan Ainul, segalanya ditetapkan oleh pihak hospital.

Tambahnya:

Saya tidak mendapat satu sen pun daripadanya. Jadi, tolonglah menderma sebanyak mana yang anda mampu. Terima kasih.

Bagi anda yang mahu membantu dengan menderma, anda boleh salurkan bantuan anda ke akaun bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak – 554110509928 (Maybank).

Sebelum ini, rakaman video Ainul Mardhiah yang mengalami ketumbuhan seberat 1.2 kilogram pada bahagian mulut, tular dalam laman sosial.

Comments

comments