Dr Noor Hisham Zahir Penghormatan Buat Petugas Barisan Hadapan Sempena Hari Pekerja

Dr Noor Hisham zahir penghormatan kepada petugas barisan hadapan

Dalam situasi negara berdepan dengan pandemik yang kembali dibelenggu lonjakan kes harian Covid-19, petugas barisan hadapan merupakan benteng terakhir dalam menghadapi peperangan melawan pandemik ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan berharap mereka cekal berjuang sempena sambutan Hari Pekerja hari ini.

“Selamat Hari Pekerja 2021 kepada semua Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya barisan hadapan kesihatan dan perubatan”.

“Kita masih berjuang dan kita adalah benteng terakhir dalam memerangi pandemik Covid-19. Kita mesti ambil iktibar dan elakkan tsunami Covid-19 seperti yang berlaku di India”.

“Insya-Allah marilah kita ikhlaskan hati, betulkan nawaitu, berusaha dan berjuang habis habisan serta bertawakal kepada Allah”.

petugas barisan hadapan

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam satu ucapan sempena Sambutan Hari Pekerja di Facebook. KKM menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang masih menjalankan tugas di pelbagai fasiliti kesihatan negara.

“Hari ini Hari Pekerja, ada yang masih bekerja di barisan hadapan di pusat kesihatan daerah (PKD), di hospital, MAEPS (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah) dan di mana-mana jua, yang sedang memberikan khidmat kesihatan awam terbaik pada rakyat”.

Malaysia kini kembali mencatat lonjakan ketara kes harian Covid-19 sejak awal bulan lalu hingga kembali mencecah 2,000 pada 15 April lalu, sebelum meningkat kepada 3,000 lebih pada Rabu lalu.

SUMBER

 

Comments

comments