Dr Zulkifli Akan Jumpa Agensi Berkaitan Bincang Isu Muhammad Sajjad

Nampaknya isu Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman semakin mencuri perhatian ramai sehingga Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut akan berbincang isu ini dengan beberapa agensi berkaitan.

Ini memandangkan Sajjad telah mula menghina agama Islam dengan menunjukkan minat untuk keluar dari Islam atau murtad.

Sejujurnya bukan isu Sajat sahaja, apa-apa isu yang terkait dengan agama Islam, kita akan tengok bagaimana kaedah terbaik, penyelesaian atau pun cari solusi. Kita pandang serius dalam hal berkaitan isu agama Islam dan langkah proaktif perlu diambil supaya apa-apa isu yang berbangkit dapat diselesaikan dengan telus.

Insya-Allah, saya akan duduk semeja dengan Jakim, Jais dan JawiI untuk bincang dan akan ada penyelesaian untuk isu-isu ini. – Kata Dr Zulkifli.

Selain isu Sajjad kita dapat melihat banyak lagi isu seperti ibu Yati yang tular membuat ritual pelik agama Melayu. Banyak sebenarnya isu yang seakan cuba mencabar kesucian agama Islam sekarang ni dan menjadi tanggungjawab kita untuk menyelesaikan masalah ini.

Sumber

Advertisement

Comments