Dua Beranak Buka Butik ‘Fake’ Supreme Dipenjara Dan Didenda RM48 Juta

Butik 'fake' Supreme.

Dua beranak dijatuhkan hukuman penjara di mana si ayah dikenakan hukuman penjara lapan tahun manakala anak lelakinya pula dikenakan hukuman penjara tiga tahun selepas mereka didapati bersalah menjual barangan tiruan jenama Supreme oleh mahkamah London.

Selepas Syarikat Supreme yang berpusat di New York berjaya mengesan bahawa mereka terlibat dalam pemalsuan pembukaan butik Supreme, dua beranak yang dikenali sebagai Michele Di Pierro, 53 dan anaknya Marcello Di Pierro turut dikenakan denda RM48 juta.

Menurut laporan, mereka telah membuka butik Supreme tiruan di beberapa buah negara di Eropah dan China. Penipuan anak-beranak ini juga dikatakan sangat licik sehinggakan mereka berjaya mendapat pengiktirafan cap dagangan atau trademark logo Supreme secara sah untuk menjual barangan fake Supreme ke negara yang mengiktiraf mereka seperti Itali, Indonesia, Singapura dan Sepanyol.

Disebabkan mereka gagal hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan, akhirnya mereka ditahan dengan kebenaran waran tangkap.

Advertisement

Hakim Martin Beddoe menyifatkan bisnes anak-beranak ini merupakan satu model perniagaan yang ‘kurang ajar’ serta tidak jujur dalam adat berniaga barangan yang berjenama.

“Tuduhan ini sangat tidak masuk akal, bukti yang tidak berasas dan saya difitnah atas kesalahan memalsukan cap dagangan Supreme yang jelas ia sudah berdaftar secara sah”.

Michele yang tidak berpuas hati dengan lantang mengatakan tuduhan itu merupakan satu fitnah terhadap dirinya.

SUMBER

SUMBERThe Vocket

Comments