Dua Individu Termasuk Seorang Penjawat Awam Ditahan SPRM

Rasuah bukanlah satu isu yang baru dalam negara kita dan ia sememangnya tidak asing lagi bagi kita. Ada sahaja berita tentang individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan kesalahan ini.

Sebelum ini, SPRM telah mengesan peningkatan kes rasuah berskala besar membabitkan sindiket jenayah dan kartel serta penjawat awam sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu.

Peningkatan kes rasuah itu dipercayai merupakan kesan kegawatan ekonomi akibat penularan pandemik wabak Covid-19 yang menyebabkan semakin ramai individu berada dalam keadaan terdesak.

Advertisement

Keadaan bertambah buruk apabila nilai integriti dalam kalangan penjawat awam yang semakin longgar dapat dilihat menyebabkan semakin ramai bersekongkol dengan sindiket dan kartel untuk melakukan rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan dua individu termasuk seorang penjawat awam yang dipercayai menerima wang suapan kira-kira RM18,000

Menurut sumber daripada laman Twitter BERNAMA, kedua-dua individu yang ditahan oleh SPRM tersebut dipercayai telah melakukan kesalahan menerima rasuah berupa wang suapan kira-kira RM18,000 daripada sebuah syarikat pembekal baja.

Sumber SPRM memaklumkan yang perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang penjawat awam bersama seorang lagi suspek, masing-masing berusia dalam lingkungan 50-an.

Perbuatan itu adalah sebagai balasan membantu syarikat pembekal baja tersebut untuk mendapatkan kerja-kerja membekalkan baja cecair organik bernilai lebih RM140,000 kepada sebuah pertubuhan peladang di Selangor.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam di pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberikan keterangan

Dua individu ditahan SPRM atas kesalahan menerima rasuah
Gambar hiasan – Sumber Google

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim telah mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Tambah beliau lagi, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam sekitar pukul 9 pagi hari ini untuk permohonan reman.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERBERNAMA

Comments