Dua Kes Keracunan Pengambilan Ivermectin Dikesan Pusat Racun Negara

Ivermectin

Dua kes keracunan akibat pengambilan pil Ivermectin secara kendiri dikesan oleh Pusat Racun Negara. Macam mana mereka boleh percaya sedangkan benda itu masih belum diluluskan KKM lagi?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes pertama melibatkan seorang pengguna berumur 35 tahun yang mengambil satu biji Ivermectin sebelum mengalami sesak nafas sehingga 5 hari.

Kes kedua pula melibatkan seorang warga emas yang mengambil 15 biji Ivermectin sekaligus dan tidak sedarkan diri.

Menurut laporan Astro Awani, KKM menegaskan bahawa Ivermectin ini masih belum diluluskan sebagai rawatan atau pencegahan wabak yang sedang melanda.

Advertisement


Menurut KKM lagi, pengambilan Ivermectin ini boleh penyebabkan keracunan yang mengakibat kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut dan pening berlaku.

“Kesan yang teruk pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru, dan kematian dan malangnya, tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan ini.”

Diharapkan semua berjaga-jaga. Jangan sewenangnya ambil apa-apa sahaja yang masih belum disahkan, tambah lagi yang melibatkan kesihatan diri kita.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERAstro Awani

Comments