Duda Anak Satu Ditangkap Tunjuk Kemaluan Di Taman

gangguan seksual

Semalam tersebar satu kejadian di mana seorang lelaki telah menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di taman. Suspek yang merupakan seorang pembantu jualan itu kini direman selama 3 hari di Mahkamah Majistret untuk membantu sisasatan.

Baca: 2 Anggota Polis Digantung Tugas Selepas Dituduh Lakukan Gangguan Seksual

Berdasarkan laporan awal, suspek berstatus duda anak satu itu didakwa telah menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang sedang joging di kawasan perumahan pada jam 6.30 petang.

Mangsa mendakwa suspek ketika itu sedang melakukan onani di sebuah taman berhampiran dan wanita terbabit ternampak perbuatan tak senonoh itu.

Advertisement

Mangsa menjerit sebelum membuat laporan pada anggota keselamatan. Semakan pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati suspek seorang lelaki duda yang mempunyai seorang anak itu tinggal di lorong berhampiran sebelum laporan polis dibuat terhadapnya. – Kata pihak polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kanak-Kanak 1955.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERUtusan

Comments