“Dulu Orang Curi TV, Sekarang Mereka Curi Ikan, Sayur” – Mydin

Pengarah Urusan Mydin.

Kes kecurian di pasar raya bukanlah sesuatu isu yang baru berlaku di negara kita. Jika dahulu pengunjung di pasar raya pernah ditangkap kerana mencuri barangan seperti televisyen dan pembesar suara, kini lain pula ceritanya.

Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Ameer Ali Mydin, sewaktu rakyat terjejas dengan pandemik yang melanda negara, ramai yang terlibat dalam kes mencuri bahan makanan seperti ikan dan sayur.

“Kecurian di pasar raya seperti Mydin meningkat, tapi mereka bukan mencuri barang bernilai tinggi”.

“Dulu-dulu orang datang dan curi TV, pembesar suara untuk dijual. Sekarang mereka curi ikan kembung, mereka curi sayur. Ia sangat menyedihkan”.

Sementara itu, penjualan mi segera di pasar raya Mydin juga melonjak tinggi ketika pandemik melanda.

“Jualan mi (segera) melonjak sangat-sangat tinggi. Adakah kamu fikir orang malas masak? Tidak! Ia berlaku kerana orang tak mampu benda lain. Mi ialah (pilihan) yang paling murah untuk mengalas perut”.

Pasar raya Mydin.
Foto: The Edge Markets

“Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka begini? Ini menyedihkan”.

Susulan itu, Ameer berkata bahawa pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam mengaturkan strategi baru untuk memutuskan penularan Covid-19 di negara ini.

Advertisement

SUMBER 

 

SUMBERMalaysia Kini

Comments