Dulu Sawah Kini Laut, Jangan Lepaskan Peluang Nikmati Pemandangan Ban Pecah Tanjung Piandang

49127

Hujung minggu ini anda semua tidak tahu nak pergi mana, apa kata anda dan suami rancang dari hari ini untuk keluar dari bandar.

Rehatkan diri di Ban Pecah, Tanjung Piandang untuk menikmati pemandangan yang indah.

Tumpuan kaki pancing

Kredit: Instagram zulkhaseyeview

Bukan itu sahaja, cik suami juga dapat memancing di sana dengan gembiranya kerana Pantai Ban Pecah telah menjadi tumpuan kaki pancing kerana terdapat banyak jenis ikan di kawasan berkenaan antaranya kerapu, pari, sembilang dan udang.

Sejarah Ban Pecah

Tahukah anda lokasi yang menjadi pilihan keluarga bersantai pada hujung minggu ini rupa-rupanya mempunyai sejarah yang tersendiri.

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kawasan ini dahulunya adalah kawasan sawah padi yang subur namun ditenggelami air laut.

Instagram: zulkhaseyeview

Pada awal tahun 1960-an, ban ini asalnya sawah padi yang subur. Penduduk tempatan berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar 1960-an.

Instagram: zulkhaseyeview

Dulu sawah, kini jadi laut. Geran tanah yang dimiliki dahulu sebagai bukti.

Kredit: Instagram photoby.sr

Apa tarikan utama di Ban Pecah

Tarikan utamanya ialah pemandangan yang amat menarik terutama ketika matahari terbenam selain kawasan yang landai dan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya yang disusun bagi mengekang hakisan ombak.

Di sepanjang pesisir tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.

Instagram: zulkhaseyeview

Aktiviti yang dilakukan di sana

Ban Pecah ini seolah-olah memisahkan kawasannya kepada dua bahagian. Sebelah laut Selat Melaka, dan sebelah lagi hamparan sawah padi yang luas menghijau.

Ban ini menjadi popular dikalangan penduduk tempatan serta pengunjung luar yang biasanya datang untuk melihat pemandangan laut yang cantik sambil menikmati mee udang Tanjung Piandang.

Sesiapa yang duduk Utara, jomlah pergi hujung minggu ini bawa anak jalan-jalan tengok pemandangan dari asyik bermain gajet yang tidak memberi manfaat.

 

Sumber: LIBUR

Comments

comments