“Dulu Saya Selalu Mimpi Dikelilingi Api”, Klon Ziana Zain Berhijrah Jadi Lelaki Sejati

7418

Beberapa tahun lalu, Nik Aidil Azhar atau lebih mesra dipanggil ‘Ziana Zain Nombor 2’ selalu muncul di beberapa rancangan televisyen. Disebabkan minatnya yang terlalu mendalam pada penyanyi itu, Nik sering berpakaian persis idolanya itu.

Tapi kini, Nik mendedahkan dia sudah pun berhijrah dan tidak lagi berpakaian seperti wanita dan penghijrahannya ini sudah berlaku sejak dua tahun lalu. Baru-baru ini, kisahnya mendapat perhatian ramai kerana gambar penghijrahannya dikongsikan di media sosial.

“Saya takut melihat ramai orang meninggal dunia tak kira usia tua ataupun muda.”

nik
Kredit: Instagram

Nik berkongsi yang penghijrahannya ini adalah kerelaan hatinya sendiri tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. Semuanya bermula selepas dia sering mendapat mimpi ngeri setiap kali mahu tidur. Boleh dikatakan hampir setiap malam tidurnya terganggu dengan mimpi-mimpi itu.

Niat nak berubah ini datang daripada hati saya sendiri kerana rasa takut dengan kematian memandangkan dulu (sebelum berubah), saya sering didatangi mimpi ngeri di dalam tidur antaranya meninggal dunia akibat dilanggar lori.

Selain itu juga, Nik pernah bermimpi duduk di satu tempat dengan dikelilingi api, tetapi kini hidupnya lebih tenang tanpa ada gangguan sebegitu. Keadaan begini yang mebuatnya terfikir bagaimana jika dia pergi tanpa membawa sebarang bekalan.

Gambar Nik kembali dikongsikan oleh rakannya di media sosial walaupun sudah dua tahun dia berhijrah. Perubahannya ini juga mendapat sokongan dari semua pihak yang turut mendoakannya.

Berubah perlahan-lahan

Pada mulanya, dia mengubah penampilannya seperti seorang lelaki dan tidak lagi memakai pakaian seperti wanita. Walaupun sudah mengubah penampilannya, karekter nya itu masih kekal kerana sudah sebati dengan dirinya.

nik
Kredit: Instagram

Saya perlahan-lahan berubah dan baru-baru ini banyak ke masjid untuk solat. Kalau boleh, saya tidak mahu lagi tinggal solat kerana solat lima waktu itu penting. Kalau mati dan di akhirat nanti, solat yang akan ditanya dulu, jadi perkara itu membuatkan saya takut dan sentiasa beringat untuk insaf.

Tetapi menurut Nik, minatnya pada penyanyi tersohor Ziana Zain masih lagi ada sehingga kini. Cuma dia tidak lagi meniru penampilan idolanya setelah berhijrah semenjak dua tahun lalu.

Sumber

Comments

comments