DUN Rantau Milik Tok Mat, Menang Dengan Majoriti 4,510 Undi

1178

Seperti yang dijangka ramai, Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih mesra dengan panggilan, Tok Mat berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau buat penggal keempat.

Tok Mat yang juga Timbalan Presiden UMNO dan pernah menjadi bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh majoriti 4,510 undi dan sekaligus menewaskan pencabar terdekat Dr S. Streram dari Pakatan Harapan dan dua lagi calon bebas iaitu R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin yang turut bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.


Menerusi kenyataan di Berita Harian, Tok Mat mengakui sokongan golongan muda menjadi faktor utama kemenangannya itu.

PRK Rantau kali ini, saluran yang dulu kita takuti iaitu orang muda, tapi saluran muda yang banyak beri majoriti kemenangan kepada BN (di PRK Rantau). Orang muda ini dinamik, tidak statik, melihat keadaan sekitar, terutama politik tanah air sekarang.

Ini merupakan kemenangan ketiga buat BN selepas Parlimen Cameron Highlands dan juga DUN Semenyih.

Sumber Berita : Harian Metro & BH ONLINE

Kredit Video : Twitter DS Ahmad b Maslan

Kredit Foto : Kosmo Online & BERNAMA & ABD. RAZAK AID

Tinggalkan komen anda