Ebit Lew Buat Laporan Polis, Caprice Umum Live Malam Ini Dibatalkan?

Petang tadi, Ustaz Ebit Lew telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengenai tuduhan daripada beberapa pihak yang dilemparkan kepadanya seperti yang korang semua tahu.

Menerusi satu video yang dimuatnaik Berita Harian, Ebit Lew yang baru saja kelur dari balai polis dipanggil rakan-rakan media yang berada di luar dan memperjelaskan bahawa segala tuduhan yang diperkatakan mereka itu adalah fitnah semata.

Advertisement

Caprice

Lepas jer dari itu, Caprice menerusi Ig Story memaklumkan yang live IG berkenaan misi kemanusiaan yang akan berlangsung pada jam 10 malam ini terpaksa dibatalkan.

Minta maaf gais, ada orang dah buat laporan polis dan Caprice tak dapat nak buat live pukul 10 malam ini. InsyaAllah the truth will be revealed by itself.

Apapun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber

Comments