Ebit Lew Pantas Bantu Bina Rumah Baru Untuk OKU Cacat Penglihatan

Sebelum ini viral kisah seorang OKU cacat penglihatan yang hilang tempat berlindung apabila rumahnya terbakar.

Kejadian yang berlaku di Kampung Landak Pengkalan Chepa, Kelantan itu bagaimanapun berjaya menarik perhatian pendakwah bebas Ebit Lew yang hari ini dengan pantas datang membantu.

Ebit Lew dalam perkongsiannya di Facebook menyatakan pihaknya sedia untuk mendirikan sebuah rumah baru untuk 2 beradik ini dan semua kos kontraktor serta barang-barang lain akan ditanggungnya.

Advertisement

Tadi bawa plan rumah dan bayarkan dengan kontraktor disini untuk barang dan lain-lain. InsyaAllah telah bayar rumah ini sepenuhnya. – Tulis Ebit Lew.

Tak cukup dengan rumah baru, Ebit Lew turut menghadiahkan motor baru dengan roda tiga bagi memudahkan mereka keluar mencari rezeki.

Hebat abang ni jaga adik downsindrom dan buta. Setiap malam akan pergi rumah ini cari rumahnya. Tadi saya cakap nak buat rumah. Dia kata dekat saya tak nak tinggi takut jatuh. Saya kata rumah rendah je. – Kongsi Ebit Lew lagi.

Besar sungguh bantuan yang diberikan Ebit Lew tanpa mengira wang ringgit, tetap membantu apa yang termampu.

Sumber

Comments

comments