Ebit Lew Sumbang 2 Kontena Simpanan Mayat Kepada Hospital

https://t.me/amazingnara

Keadaan yang semakin kritikal dengan jumlah kes harian jangkitan Covid-19 yang mencecah belasan ribu membimbangkan semua pihak. Terutamanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan barisan petugas kesihatan sehingga menyebabkan tempat penyimpanan mayat pesakit Covid-19 penuh.

Siapa sahaja tidak mengenali insan berhati mulia Ustaz Ebit Lew dengan kemurahan hati dan kebaikan beliau membantu semua golongan tidak mengira bangsa dan agama.

Terbaru, melalui perkongsian laman sosial Facebook, Ebit Lew dan pasukannya telah menyumbang dua buah kontena sejuk beku simpanan mayat kepada Hospital Kepala Batas dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sg Petani.

Advertisement

Selain itu, kontena tersebut telah pun dilengkapi dengan rak-rak penyimpanan jenazah dan boleh digunakan terus.

Berat ujian negara kita kali ini

Ketika berada di sana, Ebit Lew sempat mendengar luahan doktor dan petugas hospital yang berasa lega sumbangan kontena sudah tiba. Hal ini kerana pihak hospital amat memerlukan kontena ini untuk mereka menyimpan mayat-mayat pesakit yang sudah meninggal dunia.

Ebit Lew Sumbang 2 Kontena
Sumber – Facebook Ebit Lew

Beliau juga memberi kata-kata semangat kepada doktor, jururawat, petugas hadapan dan petugas KKM supaya tabah menghadapi dugaan ini.

Terima kasih PDRM

Menerusi perkongsian di atas, Ebit Lew juga mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Team ATMS dan semua kru Kasih Umat Sg Petani yang terlibat bagi menjayakan misi bantuan ini.

Ebit Lew Sumbang 2 Kontena
Sumber – Facebook Ebit Lew

“InsyaAllah kita akan cuba bantu dari semasa ke semasa. Pesakit dan yang meninggal dunia bukan orang lain. Keluarga kami juga”

Beliau juga meminta orang ramai untuk mendoakan beliau supaya dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan kerana kita semua seperti sebuah keluarga.

Apa pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara.

SUMBERFacebook

Comments