“Elak Kehabisan, Pelanggan Buat Tempahan Awal” – Martabak Daging Rusa Jadi Juadah Berbuka

martabak daging rusa

Martabak adalah sejenis makanan yang digemari rakyat Malaysia terutamanya pada bulan mulia, Ramadhan. Seperti biasa, murtabak ayam dan daging menjadi pilihan pembeli untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Namun, lain pula ceritanya apabila seorang peniaga martabak di FELDA Kota Gelanggi Dua menjadi tumpuan penduduk yang ingin membeli martabak daging rusa untuk dijadikan juadah berbuka.

Setiap petang, penjual yang dikenali sebagai Erma Diana Apwa, 42 berkata beliau menjual 150 keping martabak tetapi martabak daging rusa yang akan habis awal kerana pembeli mahukan kelainan.

“Saya menyediakan lima kilogram daging rusa segar setiap hari untuk dijadikan inti martabak yang dijual RM7 sekeping”.

“Bekalan daging rusa segar diperoleh daripada pembekal daging di bandar Jerantut dan setiap pagi, saya dibantu suami, Mohd Shahrul Shamsudin, 49 akan memprosesnya untuk dijadikan bahan campuran martabak”.

peniaga menyediakan martabak daging rusa

Advertisement

Erma dan suami berniaga roti canai pada bulan lain sejak 10 tahun yang lalu, tetapi menjual martabak pelbagai inti hanya pada bulan Ramadhan.

“Bagi mengelak kehabisan, pelanggan biasanya membuat tempahan awal martabak daging rusa, selain ada yang datang awal untuk membelinya”.

Tambahnya, martabak daging rusa dijual dengan harga RM7, manakala martabak daging dan ayam masing-masing RM5.

Untuk pengetahuan, martabak daging rusa sering menjadi pilihan kerana tekstur daging yang lebih halus selain mempunyai aroma dan rasa yang sedap berbanding daging dan ayam.

SUMBER

SUMBERBerita Harian

Comments