Elak Sekatan Jalan Raya, Penduduk Sanggup Dayung Perahu & Rakit Balik Kampung

penduduk menggunakan jalan sungai untuk pulang ke kampung

Pejam celik, pejam celik. Raya dah nak tiba!

Penduduk di Indonesia telah menemui cara baharu untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi dengan mendayung sampan menyeberangi Sungai Citanduy di Jawa Barat.

Lapor Suara.com, beberapa individu menggunakan laluan Sungai Citanduy untuk mengelak sekatan jalan raya.

Ketua kampung berkenaan, Desa Sidaharja, Maman Suparman berkata, pihaknya tidak membenarkan warganya menggunakan laluan sungai itu untuk pulang ke kampung.

Advertisement

“Orang ramai sudah mula menggunakan perahu atau rakit sebagai alternatif daripada melintas Jambatan Manganti yang dikawal polis”.

Menurut Maman, sekurang-kurangnya terdapat lima laluan air yang menggunakan rakit atau bot kecil.

“Waktu operasi perjalanan laluan sungai juga sudah dibuka selama 24 jam, menjadikan bilangan penduduk yang mahu pulang melalui jalan sungai semakin bertambah”.

Orang ramai memilih menggunakan laluan sungai untuk lebih cepat sampai di destinasi, menjadikan ia bukan hanya digunakan warga Lakbok tetapi juga warga Tarisi, Wanareja dan Cilacap.

SUMBER

 

Comments

comments

SOURCEKosmo