Elak Tinggalkan Cecair Pembasmi Kuman Dalam Kereta

Cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer yang kebanyakannya berasaskan alkohol tidak boleh disimpan di dalam kereta kerana berpotensi untuk terbakar jika terdedah kepada suhu tinggi.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran, berkata cecair itu perlu disimpan jauh daripada tempat yang terdedah kepada cuaca panas atau punca api seperti rokok dan sebagainya, supaya tidak mengundang bahaya.

“Bahan itu berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api.”

Cecair pembasmi kuman kini menjadi sangat popular dan habis di pasaran berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Kebanyakan farmasi kekurangan atau kehabisan stok akibat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments