“Elaun Latihan Praktikal Kerajaan Dinaikkan Kepada RM900 Sebulan” – YB Syed Saddiq

887

Sebelum ini gerakan #paidinternship bermula dari laman sosial media dimana ramai belia yang berkongsikan masalah tidak dibayar elaun untuk latihan praktikal. Menyedari kehendak tersebut, YB Syed Saddiq memaklumkan pihaknya akan berusaha melakukan sesuatu.

Melalui laman Twitter nya semalam, Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Syed Saddiq mengumumkan kadar elaun latihan praktikal bagi sektor kementerian, agensi atau jabatan kerajaan akan dinaikkan kepada RM900 daripada RM300.

“Ini satu penambahbaikan yang sangat bagus. Sebelum ini daripada tiada bayaran langsung kepada RM15 sehari, dan sekarang kepada kira-kira RM45 sehari.”

Kerajaan telah bersetuju untuk membayar pelatih dengan bayaran RM5 setiap jam dan akan mula berkuatkuasa pada 1 September 2019.

screenshot dari twitter
Menerusi akaun rasmi Twitter, @KBSMALAYSIA memberitahu ini adalah sebagai langkah untuk memastikan setiap kementerian membuka peluang pengalaman kerja dan latihan praktikal kepada semua belia tanpa mengambil kira latar belakang ekonomi.

Melalui perkongsian ini, rata-rata ramai memberikan komen positif tentang perkembangan #paidinternship ini. Siapa sangka hanya melalui cadangan dari media sosial sahaja, gerakan ini diterima baik oleh kerajaan.

Anda boleh baca perkongsian mengenai #paidinternship oleh YB Syed Saddiq di sini.

Comments

comments