Empat Model Edisi Terhad Sekaligus Akan Diperkenalkan Proton 18 Februari Nanti

Proton akan memperkenalkan empat model edisi khas secara serentak pada 18 Februari depan gais. Antara model yang bakal diperkenalkan nanti adalah Proton Persona Black Edition, Proton Exora Black Edition, Proton Saga R3 Limited Edition dan Proton Iriz R3 Limited Edition. Pergh! Memang terbaiklah Proton.

Menurut Pandu Laju, kesemua model yang disebutkan akan datang dalam versi serba hitam sama macam Saga Anniversary Edition yang dahpun keluar tahun lepas. Bukan tu jer, keempat-empat model edisi khas ini juga adalah terhad gais. Memang rare lah kalau siapa yang pakai nanti.

Buat masa ini, perubahan yang akan dilakukan pada kesemua model edisi khas tersebut masih belum diketahui lagi. Apa agaknya yang akan Proton kejutkan kita semua ya?

Advertisement

Kalau korang nak tahu apa perubahan yang dilakukan Proton terhadap keempat-empat model ini, jangan lupa untuk tengok pelancaran rasmi di Facebook Proton Cars pada jam 11 pagi nanti ya gais.

SUMBER

Comments

comments