Enak! Sajian Ringkas Sesuai Untuk Golongan ‘Vegetarian’ Yang Patut Korang Cuba

Resipi Su Ji Tui yang mudah.

Pemakanan sihat adalah sangat penting untuk tubuh badan bagi menjamin kesejahteraan hidup sekaligus dapat mengelakkan dari terkena sebarang penyakit bahaya.

Tahukah anda, tauhu kering adalah sejenis makanan yang sangat kaya dengan nutrien malahan sangat murah dan mudah disediakan dalam pemakanan harian. Ia juga sumber protein yang baik dimakan untuk orang yang mempunyai masalah pencernaan.

Tauhu diperbuat daripada kacang soya dan dianggap makanan lengkap kerana ia mengandungi kesemua lapan asid amino penting. Sudah sentu tauhu dipenuhi dengan protein di mana vegetarian menggunakannya sebagai pengganti daging.

Lebih menarik, satu blok tauhu iaitu 4 auns dipenuhi dengan 9.16 gram protein yang merupakan lebih daripada 18 peratus daripada nilai harian keperluan protein. Jadi, lepasni anda dah tak perlu risau tentang protein harian jika mengamalkan makan tauhu.

Advertisement

Tauhu juga dapat mencegah penyakit kerana nutrien penting seperti tembaga dan mangan yang bertanggungjawab bagi enzim yang memusnahkan radikal bebas dan tembaga itu sendiri boleh membantu mengurangkan gejala-gejala asrtritis reumatoid. Kalsium dalam tauhu dapat membantu mengurangkan kehilangan tulang dalam orang dengan asrtritis reumatoid.

Baru-baru ini tular di laman Tik Tok apabila seorang wanita berkongsi menu sihat dengan menggunakan tauhu kering yang nampak enak dan mengenyangkan.

Caranya amat senang dan mudah di mana kulit tauhu digunting dan ia perlu direndam dengan air untuk melembutkannya. Kemudian, perah lebihan air supaya mudah untuk diperap dengan campuran sos istimewa.

Sebelum dibakar di dalam air fryer dengan suhu dan masa yang diberikan, tauhu kering yang telah diperap itu perlu dibalut dengan lidi yang tebal supaya ia nampak seperti peha ayam yang enak dan disejukkan dalam peti ais selama beberapa minit.

Ikuti video di bawah untuk resipi yang sihat dan mudah faham.

@woon.hengVegan drumsticks made from tofu skin! Sooo good? ##fyp? ##veganrecipes ##tiktokrecipes? original sound – WoonHeng

SUMBER 

SUMBERTik Tok

Comments