Enggan Beri Data Awal Kepada WHO, China Sulitkan Siasatan Asal Usul Wabak COVID19

Suasana di hospital akibat wabak Covid-19

Beberapa bulan sebelum China mendedahkan wabak Covid-19, seramai tiga penyelidik Wuhan Institute of Virology (WIV) China mendapatkan rawatan di hospital sekitar November 2019.

Menurut akhbar The Wall Street Journal yang memetik laporan perisikan Amerika Syarikat (AS) yang tidak pernah didedahkan, ia memperincikan mengenai jumlah penyelidik terjejas, waktu mereka sakit dan rawatan di hospital, memerlukan siasatan sama ada virus itu terlepas dari makmal.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara tidak memberikan komen mengenai laporan itu tetapi berkata bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden sentiasa mengemukakan persoalan serius mengenai tempoh terawal wabak termasuk asal usulnya di negara China.

Sumber berkata, Washington ingin memastikan kerjasama dan ketelusan yang lebih daripada negara itu.

Advertisement

Kementerian Luar China mengambil maklum bahawa pasukan yang dipimpin WHO menyatakan kebocoran makmal bukan satu kemungkinan punca utama wabak.

“AS terus menggembar-gemburkan teori kebocoran makmal. Apakah ia benar-benar mahu mencari sumber atau cuba untuk mengalihkan perhatian?”.

Sementara itu, menurut pentadbiran bekas Presiden Donald Trump, ia mengesyaki virus mungkin terlepas daripada makmal China, yang dinafikan oleh Beijing.

wabak Covid-19

Lembaran fakta Jabatan Negara yang dikeluarkan pada akhir pentadbiran Trump menyatakan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa beberapa penyelidik jatuh sakit pada musim luruh 2019, sebelum kes pertama dikenal pasti, dengan gejala seperti Covid-19.

Ia tidak menyebut berapa orang penyelidik yang terbabit. China enggan memberikan data mengenai kes awal kepada pasukan pimpinan WHO yang menyiasat asal usul wabak itu, yang berpotensi menyulitkan usaha untuk memahami bagaimana wabak itu bermula.

SUMBER

Comments

comments