Escape Challenge Park Di Paradigm Mall Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Tidak Lama Lagi

Escape challenge park

Escape Theme Park Penang kini meluaskan lagi rangkaian taman tema aktiviti lasak setelah muncul sebagai taman tema yang mempunyai gelongsor air terpanjang di dunia, 1100 meter. Escape Theme Park Penang mengumumkan bakal membuka sebuah taman tema permainan dalam sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, Selangor.

Menurut pengumuman yang dilakukan pada 4 Mac lepas, taman tersebut akan dibuka tidak lama lagi di Paradigm Mall. Keterujaan untuk menantikan pembukaan rasmi taman tema dalam pusat membeli belah ini dikhabarkan mempunyai pelbagai jenis tahap kesukaran untuk setiap aktiviti yang disediakan. Yang pastinya, taman ini pastinya menjanjikan sebuah keseronokan untuk meluangkan aktiviti bersama keluarga dan juga kawan-kawan.

taman tema tertutup
Sumber

Taman ini dilengkapi dengan pelbagai peringkat ropes courses, trapeze terbang, zipline, wall climbing, reverse bungee dan pelbagai aktiviti yang hampir sama di taman tertutup di Escape Park Penang.

Taman teman tertutup
Sumber

Meskipun tiada tarikh yang tetap untuk pembukaan secara rasmi taman tema permainan tertutup ini, pihak Escape Theme Park Penang mengesahkan dengan mengatakan bahawa akan ada lebih banyak kemaskini yang akan datang.

Sesiapa yang pernah berkunjung ke Escape Park di Pulau Pinang pastinya tidak sabar untuk merasai kembali pengalaman yang sama di taman tema permainan ini dengan pengalaman yang berbeza. Anda juga mampu untuk menjamin kesemua aktiviti tersebut adalah sangat menyeronokkan.

Advertisement
taman tema tertutup
Sumber

Paradigm Mall ialah pusat membeli-belah yang pertama mempunyai pusat rekreasi tertutup seperti ini. Escape Challenge Park akan menjadi taman teman versi tertutup seperti di Pulau Pinang di bawah bumbung yang teduh. Maka, anda tidak perlu risau sekiranya terlupa untuk memakai krim sunblock.

Sumber 

Comments

comments