Facebook Ambil Peluang Bersaing Dengan Twitch Dan Lancarkan Aplikasi Permainan

logo Facebook

Facebook kini dalam usaha untuk bersaing dengan platform penstriman untuk komuniti gaming seperti YouTube dan Twitch. Terbaru, Facebook bakal muncul dengan aplikasi permainan mudah alih. Facebook menceburi bidang perniagaan permainan video kerana keadaan semasa yang dilihat sebagai orang ramai mencari platform hiburan ketika pandemik COVID-19 masih berleluasa.

Disebabkan Facebook sudah memperoleh lebih daripada 700 juta daripada 2.5 bilion pengguna bulanan, mereka sudah terlibat dengan kandungan permainan di platform tersebut. Aplikasi terbaru ini akan menyasarkan dan memberi tumpuan kepada golongan penstriman yang ada. Selain itu, aplikasi ini akan juga menonjolkan permainan kasual seperti ‘Words with Friends’.

aplikasi permainan Facebook
Sumber

Pelaburan Facebook dalam perniagaan ini menjadi keutamaan kerana permainan dikira sebagai salah satu bentuk hiburan yang mampu menghubungkan semua orang. Fidji Simo, ketua aplikasi Facebook juga bersetuju dengan mengatakan hiburan tidak hanya terhad kepada pengunaan pasif tetapi sebagai satu interaktif dan menyatukan orang.

Vivek Sharma selaku Naib Presiden Facebook Gaming pula berkata permainan video dalam telefon bimbit dapat memberikan pengalaman yang lebih hebat berbanding daripada menghadap komputer. Hanya dengan telefon bimbit, anda boleh membuka sebarang aplikasi tanpa sebarang gangguan.

Advertisement

telefon bimbit

Sebelum ini Facebook pernah muncul sebagai platform permainan yang paling popular ketika era permainan Farmville sedekad yang lepas. Pasaran penstriman permainan menunjukkan Facebook kini menduduki di tangga ke-3 berdasarkan jumlah jam tontonan mengatasi YouTube dan Twitch.

Aplikasi permainan Facebook sudah pun tersedia untuk pra-pendaftaran kepada pengguna Android selepas dilancarkan semalam, 20 April 2020. Manakala aplikasi permainan Facebook versi iOS akan dikeluarkan selepas mendapat persetujuan Apple.

Sumber 

Comments

comments