Facebook Beri Sumbangan RM430 Juta Untuk Bantu Wartawan Yang Membuat Liputan Berita COVID-19

Facebook

Ketika keadaan COVID-19 terus meningkat di beberapa buah negara lagi, industri berita dan media terus giat berusaha untuk mengemaskini perkembangan terbaru kepada orang ramai. Oleh itu, Facebook mengatakan bahawa wartawan juga bekerja secara keadaan yang “luar biasa” untuk memastikan orang ramai mendapatmakluman terkini tentang situasi yang sedang berlaku.

Syarikat media sosial gergasi ini telah menawarkan pelaburan sebanyak US$100 juta (RM430 juta) menerusi Facebook Journalism Project. Sebanyak US$25 juta akan terus disalurkan ke bahagian berita tempatan, sementara US$75 juta selebihnya akan dibelanjakan untuk pemasaran syarikat berita di seluruh dunia.

Pemberian bantuan kepada wartawan

Pusingan pertama pemberian di bawah program geran Rangkaian Komuniti COVID-19 telah diumumkan awal, untuk bilik berita tempatan di Amerika Syarikat (A.S.). Sebanyak 50 organisasi menerima bantuan geran US$5,2000 kos yang tidak jangka.

Kini, Facebook telah mengumumkan US$100 juta lagi diberi untuk menyokong industri media. Ini berikutan dengan pendapatan iklan yang dilaporkan merosot akibat kesan pandemik COVID-19. Pelbagai sektor menerima kesan ekonomi pandemik dan belanjawan untuk pemasaran dijangka akan dikurangkan.

Malah, laporan melaporkan bahawa industri pengiklanan di A.S. mengalami kerugian berbilion-bilion dollar. Facebook merasakan ketika saat genting ini, kepentingan media mereka menjadi lebih jelas dari sebelumnya.

Facebook

Sekiranya orang ramai inginkan bukti bahawa bidang kewartawanan adalah perkhidmatan awam yang penting, mereka boleh melihatnya sekarang. Sementara itu, hampir semua syarikat berita menghadapi kesan kewangan yang buruk akibat krisis ini.

Geran akan diberikan secara terus kepada penerbit yang berada di kawasan-kawasan yang paling terkesan akibat pandemik COVID-19. Facebook berkongsi bahawa beberapa bilik berita pertama yang menerima sokongan pembiayaan dikeluarkan daripada paywalls untuk liputan COVID-19. Geran tunai ini juga digunakan untuk membantu teknologi wartawan yang bekerja jauh di pedalaman dan bagi pengambilan wartawan bebas.

Pengumuman ini dibuat Facebook setelah melaburkan US$300 juta ke dalam pelbagai program dan inklusif dalam kewartawanan menerusi Facebook Jounalism Project.

Mark Zuckerberg
CEO Facebook, Mark Zuckerberg

Bantuan ini bukan sahaja akan membantu pelaporan wartawan ketika di tengah-tengah krisis tetapi juga akan memberi peluang kepada media tempatan untuk mempercepatkan transformasi perniagaan ke arah perubahan digital yang lebih lestari.

Walaupun Facebook mengalami peningkatan dalam penggunaan perkhidmatannya semasa pandemik akibat perintah lockdown di beberapa negara, namun syarikat itu juga berhadapan dengan penurunan perbelanjaan iklan. Sedikit sebanyak perniagaan mereka juga sedang terjejas teruk.

Sumber

Comments

comments