Facebook Menambah Butang ‘Shops’ Untuk Terus Memajukan Bidang e-Dagang

Facebook

Facebook telah menambah butang ‘Shops’ ke dalam rangkaian sosial dan Instagram sebagai langkah terbesar untuk memajukan bidang e-dagang. Ciri terbaru ini akan menggerakkan Facebook lebih kehadapan sebagai ruang perniagaan berfokuskan pengiklanan.

Selain itu, ciri ini akan turut memberikan persaingan yang baru kepada platform utama pembelian atas talian seperti Amazon, eBay dan Etsy.

Firma rangkaian sosial yang terletak di Silicon Valley ini mengumumkan pada Selasa lepas untuk menambah ciri-ciri pasaran dengan menyenaraikan pilihan barangan termasuk pelbagai fungsi e-dagang lain di seluruh aplikasi.

Facebook

Advertisement

Naib presiden platform iklan dan perniagaan Facebook, mengatakan pihaknya akan mempercepatkan penggunaan ciri tersebut. Ini sebagai usaha untuk menyokong kembali perniagaan yang mengalami tekanan ekonomi ketika dalam wabak COVID-19.

Facebook Shops membolehkan ahli perniagaan mencipta ‘digital storefonts’ di rangkaian sosial sebagai katalog produk mereka. Ciri ini juga akan menghubungkan pelanggan ke tempat untuk membeli produk atau membeli secara langsung di Facebook.

Ciri terbaru tersebut akan berada di dalam aplikasi Facebook dan Instagram. Terdapat juga perancangan untuk menambah ciri tersebut ke dalam aplikasi pesanan WhatsApp dan Messenger. Instagram turut mewujudkan destinasi membeli-belah yang khusus kepada pelanggan untuk mencari pelbagai produk.

Instagram

Sebagai pengekalan untuk syarikat e-commerce, Instagram Shop akan dijadikan butang tetap pada bar navigasi hujung tahun ini.

Facebook akan membenarkan jenama dan pencipta produk untuk menggunakan alat penstriman mereka secara langsung dalam video. Perkara ini untuk meningkatkan lagi pengaruh tajaan ketika bersiaran secara langsung.

Sejak kebelakangan ini, Facebook telah meningkatkan lebih banyak potensi di sebalik e-dagang sebagai bidang pertumbuhan perniagaan. Usaha sebelum ini yang dilakukan termasuklah ciri pembayaran dan cara untuk jenama meletakkan ‘tag’ produk dalam posting di Instagram.

Pada pertengahan 2019, penganalisis Deutsche Bank menganggarkan e-dagang di Instagram sahaja akan menjana pendapatan $10 bilion setahun pada tahun 2021.

Facebook

Isnin lalu, Facebook menerbitkan hasil tinjauan yang menunjukkan bahawa satu daripada tiga semua perniagaan kecil di Amerika Syarikat terpaksa menghentikan operasi syarikat akibat COVID-19.

Sumber 

Jom ‘like‘ dan ‘followFacebook & Twitter Amazing Nara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia 

Comments

comments